Pada 21 - 22 Jun 2014 yang lepas adalah 1st experience kami join booth sales. Semua vendor online bertapak offline pada hari tersebut bagi memperkenalkan produk dan jenama yang mereka paparkan dalam FB, Instagram dan lain lain media social.
Artis yang berada di bazaar juga memberikan kerjasama yang baik kepada penganjur. Saya benar benar kagum dan respek dengan artis yang sangat mesra melayan peminat di booth masing-masing. Antara yang menyertai adalah Arja Lee, Yatt Hamzah, Felicia Yeap, Saida & Saerah, Kumpulan Saywho, Helmi Idris, Adi Putra, dan ramai lagi.
Irfan Khairi, Mentor Perniagaan Internet yang sangat saya kagumi juga menjadi VIP guest di Mega Event ini. Bercerita tentang perniagaan internet ini, saya mula secara serius pada tahun 2012 di mana 'turning point' saya bermula. Bermula dengan membantu suami dalam pemasaran perniagaan percetakan T-Shirt secara sambilan. Pada peringkat awalnya, kami mulakan post di facebook tetapi hanya sekadar suka suka.
Pada 2 December 2012, saya telah menyertai "Seminar Facebook Power" di bawah Jootawan Group dan ia melonjakkan business pada bulan pertama sebanyak RM 5,000. Saya sangat happy kerana apa yang saya pelajari dan di aplikasikan dalam perniagaan online berjaya menghasilkan jualan. Perjalanan saya tidah sampai di situ sahaja dan cinta saya kepada perniagaan online masih membara dan saya juga masih banyak menimba ilmu perniagaan secara insentif bersama Mentor perniagaan seperti Dr Azizan Osman, Richworks; Aamar Zahar, Jootawan Group; Sifu Siddiq, Metafizik Sains Pernomboran; Faisal Abdullah, Diyana Tahir, Aras Media Sdn Bhd bagi memperkukuhkan empayar peniagaan.
Saya juga mempunyai matlamat yang jelas dan impian-impian orang tersayang yang perlu saya tunaikan. Insha Allah dengan networking yang di bina menjadikan perniagaan bangsa Melayu dan Orang Islam sebagai Kuasa Ekonomi Baru!
No comments:
Post a Comment